Friday, March 29, 2013

Lebih Dekat di Hati

Bismillah.

Okay, ni entri pertama bahasa melayu dalam blog ni. Kenapa? Sebab nak cerita sikit tentang isu yang berkaitan bahasa Melayu. (Selama ni biasa guna English bukan sebab pandai berbahasa inggeris sangat, banyak grammatical error, lagi-lagi sejak tinggalkan zaman belajar. Cuma bagi saya, sesuatu entri tu terasa terlebih personal dan mesra kalau saya guna bahasa Melayu. Jadi ada masanya, saya lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris supaya tak terlalu berbaur peribadi. Itu pendapat saya lah.)

Selama ni, ada sesuatu tentang diri saya yg baru saya sedar akan kewujudannya. Saya cepat rasa tak berkenan bila tengok orang Melayu sendiri yang memperlekehkan orang Melayu atau bahasa Melayu (atau drama Melayu). Mengkritik secara membina tu bagus, tapi jadi tak bagus bila mengutuk. Bukan sekali, tetapi berkali-kali dan apa sahaja berkaitan typical Malays, mesti ada saja perkara yang nak dikutuk. Kalau komen disertakan cadangan, itu memang perlu, untuk kebaikan. Tapi kalau sekadar nak luahkan rasa dan mengutuk membanding dengan bahasa lain, merendahkan bahasa sendiri, dalam diam saya rasa agak marah. Atau kadangkala rasa menjengkelkan.


Satu isu yang saya fokuskan, isu novel Melayu. Biasa saya dengar cakap-cakap yg macam ni: "Aku ni tak layan sangat novel Melayu." Dengan nada yg seolah-olah mengatakan tak ada 'standard' kalau suka baca novel dalam bahasa Melayu. Katanya isu dalam buku Melayu sangat klise, tak membina, 'tak habis-habis isu cinta' dan macam-macam lagi.

Wahai yang memberi komen sedemikian, nyata sekali anda memang tak membaca novel Melayu. Kalau anda baca, nescaya anda jumpa kisah-kisah tentang kehidupan realiti, yang bukan sekadar cinta remaja atau cerita-cerita dengan tema serupa. Malah terlalu banyak topik menarik seperti isu ketuhanan, perubatan, sci-fi, psikologi, pemakanan, golongan minoriti dan banyak lagi. Makin menarik kerana cerita-cerita ini dalam bahasa kita. Dalam hidup manusia-manusia yang sama adat dan pertuturannya dengan kita. Kisah-kisah yg berlaku tak jauh dari kita.

Saya baca kedua-duanya; novel Melayu dan novel inggeris. Kedua-dua nya memang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Cuma bagi saya, apa yg buat saya lebih tertarik untuk baca cerita-cerita yg ditulis dalam bahasa sendiri adalah kerana saya rasa lebih dekat dengan jalan cerita tersebut. Saya banyak belajar tentang sisi-sisi kehidupan masyarakat kita yang selama ni saya tak pernah tahu. Saya makin sedar akan isu-isu yang selama ini tak pernah saya ambil peduli.

Bagi saya membaca buku bukan lah semata-mata tentang cerita mana lebih berkualiti atau jalan cerita mana yang menampakkan kita ini gah ketika membacanya, tapi soal kita memahami setiap kisah dan mengambil manfaat untuk kehidupan kita. Bagaimana kita mendalami watak, menenggelamkan diri dalam dunia yg diceritakan dalam sesuatu novel, sejauh mana kita merasakan betapa watak-watak itu bernafas di dunia nyata, semuanya antara perkara-perkara yang membuatkan saya sangat suka bersendiri mengembara seketika ke kehidupan manusia lain melalui pembacaan.

Bacalah. Apa-apa isu dalam apa-apa bahasa sekalipun. Tak perlu sampai mencaci bahasa sendiri. Kalau mahukan cerita-cerita yang 'standard tinggi', cubalah bertanya-tanya, atau cari sahaja di internet. Baca review buku di goodreads atau thereadingroom.



Saya sayang bahasa melayu. Bahasa yg saya membesar dengannya. Sungguhpun anda tidak sayang, satu pesanan saya, hindarilah mencaci. Bukan setakat dalam isu membaca, tapi segala isu. Kita bukan mulia, meskipun kita mulia, siapa kita untuk mencaci mengeji melontarkan kata-kata kesat? Ada bezanya antara kritikan dan kutukan. Kalau memang tak suka atau tak berminat, pendamkan saja dalam hati. Dan tinggalkan.

Mungkin anda memang peminat tegar novel inggeris, tapi apa salahnya, sekali-sekala belek-belek buku cerita kita, dalam bahasa kita.

Wallahua'lam.

"Do you ever finish a book and then close it sort of reverently and just hold it close to you for a moment

and then for a while you see the world a bit differently because you’re still half in and half out of that book." -quoted

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...