Wednesday, January 22, 2014

Sejenak. Sebentar. Sementara.

Bismillah.

Entri pendek sebelum masuk tidur. Sejak bergelar ibu, terlalu banyak perkara yg buat saya lebih faham akan hakikat hidup ini. Antaranya adalah tentang perpisahan dan keinginan yg tak terpenuhi.

Semua ibu pasti ada kisah sedih masing-masing dalam proses memisahkan anak dengan susu badan. Mungkin ada yang ambil masa singkat, ada yang tak mudah dan biasanya, proses itu pasti terselit deraian airmata si anak. Sungguh, ia satu fasa yg penuh emosi.

Terutama bagi anak2 yang 2tahun (atau lebih) menyusu badan, bukan mudah baginya untuk tiba-tiba kehilangan 'teman rapat'nya itu. Bayangkan kita ada seorang sahabat baik, yg sentiasa menenangkan kita, menemani kita tidur, dan hampir setiap masa tidak pernah jauh dari kita. Namun tiba satu ketika, sahabat itu harus pergi. Teman itu tiada lagi. Subhanallah sememangnya ia bukan satu perkara yg mudah untuk diharungi.

Sayu rasanya hati bila terfikirkan perkara itu. Mungkin tidak melampau andai saya katakan perpisahan seorang anak dgn susu ibu adalah antara perpisahan terawal dalam hidupnya. Dan dari situ dia mula belajar, bahawa

♤ Ada nikmat yg Allah beri, tapi ia takkan selamanya ada dengan kita.

♤ Perpisahan itu menyakitkan. Tapi cepat atau lambat, ia tetap akan sembuh satu hari nanti.

♤ Tak semua perkara yg kita sayang, yang kita mahu, akan selalu jadi milik kita. Kerana itulah sunnah kehidupan ini; segalanya berpenghujung.

♤ Menangis tak akan mengembalikan sesuatu yg hilang.

Nah. Mungkin saya sedikit exaggerate dalam meletakkan analogi itu dengan kehidupan setelah dewasa, namun itulah antara norma kehidupan yg saya pelajari dari seorang anak kecil. MashaAllah, rupanya sedari kecil lagi Allah mahu mengajar kita bahawa tiada yg kekal dengan dunia ini.

Kegembiraan kita tak kekal. Begitu juga dengan Kesedihan kita. Kerana itulah sunnah kehidupan dunia: sementara.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...