Sunday, February 9, 2014

Ibu danTelekung itu

Bismillah.

Sejak kecil sampai sekarang
Ibu selalu sahaja dalam telekungnya
Hinggakan dalam minda ini
Tatkala teringat ibu
Yang terlintas dalam minda
pasti jasad ibu yg bertelekung.

Hingga kini
Selalu sahaja tertanya
Apa lagi solat yg ibu laksanakan?
Kenapa seolah terlalu lama ibu bertelekung
Setiap kali waktu solat?

Telekung itu telekung biasa
Tapi ia buat ibu rasa bahagia
Kerana dengannya ibu mengadap Yang Esa
Dan dengannya ibu merintih tak kenal masa
Hingga ibu sering keberatan melepaskannya

Saat diri sendiri usai solat
Dan berteleku di atas sejadah
Dengan telekung masih di badan
Entah kenapa tiba-tiba terasa
Seolah-olah ada ibu dalam diri ini
Seakan diri ini menjelma menjadi ibu

Ibu
Aku ingin jadi sesucimu
Aku ingin menghadap Tuhan tanpa jemu
Aku ingin dada ini penuh rindu
Pada Tuhan yg tak pernah melupakanku
Dan yg telah menganugerahi dirimu kepadaku

Sungguh tenang melihat ibu dalam telekungnya
Aku diam2 memerhatikan dan takkan lupa
Betapa pakaian yg ibu khaskan utk menghadap Dia
Turut beri ketenangan pada aku tatkala teringatkannya

Benar
Ada ibu dalam diriku
Kerana aku tak henti wujud dalam doa ibu
Dan kerana satu masa dahulu aku menumpang rahim ibu
Sekarang giliran ibu utk hidup dalam jiwaku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...