Wednesday, February 19, 2014

Kita Lebih Indah.

Bismillah.

Dulu saya pernah tulis (di blog lama) tentang alternatif (selain perfume) bagi para wanita untuk menghilangkan bau badan. Ya, sememangnya alasan memakai wangian (sehingga lelaki bukan mahram dapat menghidu baunya) untuk menghilangkan bau kurang enak adalah alasan yang tidak boleh diterima. Masih banyak cara untuk kita berada di khalayak ramai tanpa merisaukan perihal bau badan kita.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman, sebelum ini saya menggunakan produk anaEdar iaitu bedak anti keringat. Alhamdulillah memang berkesan menghilangkan bau dan yg paling bagus, tiada bau wangi yg boleh dihidu oleh org lain. Sejak tahun 2009 sehingga penghujung 2013 saya menggunakan bedak tersebut. Namun akhirnya semakin susah utk mendapatkan stok gara2 syarikatnya tidak lagi mengeluarkan produk tersebut.

Lalu saya cuba mencari produk baru untuk menggantikan bedak anti keringat. Alhamdulillah saya menemui satu produk namanya Smelly No More iaitu natural crystal roll on deodorant stick. ;) Bahan di dalamnya hanyalah natural Mineral salt. Tiada alkohol, tidak melekit dan 300% lebih efektif (utk menghilgkan bau) berbanding deodorant lain yg dikomersialkan. Bagi saya crystal roll ini lebih baik dari bedak keringat, lebih lama menghilangkan bau badan dan tidak berdebu seperti bedak. Sekali pakai, boleh bertahan lebih 24jam tanpa sebarang bau inshaAllah. Harganya juga tidak mahal. Cuma rm16.90 utk saiz 60g.

Ini bukan entri iklan tapi lebih kepada ingin mengajak pembaca2 perempuan untuk menggunakan produk (homemade atau tidak) yg boleh menggantikan perfume dan sgt berkesan utk menghilangkan bau badan. Nabi sollallahu alaihi wasallam mengatakan bhw wanita yg memakai wangian di khalayak ramai sehingga baunya boleh dihidu, adalah sama dengan penzina. Na'udzubillahi min dzaalik. Sesungguhnya amat keras larangan memakai wangian di khalayak ramai untuk golongan wanita tapi entah mengapa dipandang enteng. 

Ini tidak bermaksud Islam menghalang kita berwangi wangian, belilah dan pakailah sebanyak mana yg kita mahu, asalkan di hadapan sesama wanita, suami kita dan lelaki mahram (lelaki yg haram utk kita berkahwin dgnnya, seperti abang kita).

Kita ini mahal. kita ini tinggi nilainya. Jadi jangan rendahkan martabat kita yg telah Islam tinggikan. Keindahan kita, kecantikan kita, juga bau wangi dari badan kita sememangnya khas utk orang tertentu sahaja. Usah tertipu dengan lambakan produk wangian yg biasanya digunakan untuk menarik perhatian kaum adam.

Kita tak perlu berbau wangi menusuk hidung dan qalbu untuk kelihatan cantik. Kita jauh lebih indah dan istimewa jika kita menjaga syariat dan batas2 agama, demi meraih keredhaan Yang Maha Esa.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...