Friday, March 28, 2014

Biru. Merah Jambu.

Bismillah.


Dua buku. Satu biru. Satu merah jambu. Yang biru, penuh dengan puisi dari qalbu. Tentang yang indah juga haru biru. Yang merah jambu, terkandung catatan-catatan harian sang penulis buku. Sarat dengan pengajaran, tapi ada juga kisah-kisah lucu.

 Buku tak semestinya seratus peratus tentang isi kandungan yang pembaca mahu. Yang penting ada info dan ilmu baru yang diperoleh pada setiap mukasurat yang dibelek satu persatu. 

Hidup ini bukanlah sepanjang tempoh tahun yang beribu. Cerita orang lain juga bisa jadi guru, buat yang rajin membelek buku. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...