Wednesday, October 29, 2014

Bahagia Selalu Ada Pada Kita

Bismillah.

i am trying my best to make others feel better. i wish no one is sad nor anyone feel they can hold on much longer.

i am a merchant of hope.
and the only currency i take is smile and laughter.

aku nak semua orang bahagia.
dan aku hendak khabarkan bahagia itu tidak langsung mustahil pada siapa2.

cukup dengan:
hasbunallah--
wani'mal wakeel.
cukuplah pada kami Allah--
penolong dan pelindung untuk kami.

jangan didefinisikan "bahagia" kerana takkan cukup umur engkau mencari apa jua makna yang kau tetapkan padanya.

kalau bahagia itu kaya--
kenapa terlalu ramai orang mewah masih tak bahagia?
kalau bahagia itu rupa--
kenapa terlalu ramai orang cantik masih tak bahagia?
kalau bahagia itu bijaksana--
kenapa terlalu ramai orang pandai masih tak bahagia?

hanya kerana "bahagia" itu terlihat pada orang--
tak bermakna bahagia yang ITU lah yang kita cari.

bahagia--
selalu ada pada kita.
dari sekecil2 senyuman anak di pagi hari,
sampailah sebesar2 dibangkitkan untuk satu hari lagi.

dan bahagia yang PALING memanfaat--
adalah bahagia yang KITA cetuskan pada orang tanpa kita ada langsung kehendak dibalas kembali.

make someone feel good today.
insyaAllah,
someone else would do the same to you.

By Fynn Jamal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...