Monday, November 2, 2015

Minat dari kecil?

Bismillah. 

Ramai orang tanya saya;

"Mesti Sajidah minat bisnes dari dulu kan?"

Saya rasa agak lucu bila setiap kali orang tanya sedemikian. Sebab apa? Sebab kesedaran saya untuk berbisnes tu memang datang sangat lambat! Secara tepatnya, tahun lepas, tahun 2014 & itu pun tengah tahun. 

Saya cukup kagum dengan adik-adik yang usia sangat muda dah mula pandai cari duit sendiri & berjinak-jinak dengan dunia bisnes; salah satunya dengan cara menjadi ejen dropship. Ejen termuda yang saya pernah dapat ialah 13 tahun. Terkejut sewaktu dapat tahu usianya. 

Ketika saya di universiti, saya sedikit pun tidak berminat untuk berbisnes. Tidak minat langsung untuk join apa-apa talk atau program tentang entrepreneurship walaupun di UIA ketika itu agak kerap ia diadakan. Saya cuma pandang sebelah mata, malah tidak sudi untuk sertai, kerana saya rasa perkataan bisnes atau entrepreneur tu adalah sesuatu yang langsung tiada kaitan dengan saya. 

Saya memang sejak muda lagi merancang untuk tidak mahu bekerja selepas tamat degree. Kerana saya ada prinsip bahawa saya mahu jaga anak sendiri. Ketika itu sedikit pun tidak terfikir untuk berbisnes tudung. Yang saya tahu, saya mahu berada di rumah dan sekalipun saya perlu bekerja, saya mahu bekerja dari rumah. Waktu itu, kerja dari rumah yang saya terbayang saya bakal lakukan hanyalah menjadi penterjemah atau penulis buku. 

Jadi sejak bila sebenarnya saya mula mahu menjana pendapatan melalui bisnes? Siapa yang menanam bius bisnes dalam minda & jiwa saya? InshaAllah nanti saya sambung. 

:) 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...