Sunday, December 6, 2015

Kisah UKM dan RM1

Bismillah. 

Semalam buat pertama kali menjejakkan kaki di UKM. Ada seminar di sana. Naik LRT kemudian komuter kemudian teksi. Sampai sahaja di sana, agak pelik sebab Program lain. Hati dah tak sedap. Cek balik info program, tengok tarikh, terus rasa nak ketawa campur nangis. Sebab seminarnya esok. Esok. :P 

Maka dengan rasa kelakar, terus install app MyTeksi. Sebab tak biasa dengan UKM ni, tak tahulah kena naik bas apa kalau nak ke komuter. Tapi tak ada pulak driver teksi yang available waktu tu. Jadi kaki ni terus berjalan menuju bus stop terdekat. Tanya students kat situ, mereka tunggu bas apa? Katanya bas ukm, free, tak perlu tunjuk kad matrik. Lega. 

Tapi tup-tup, yang sampai bus rapidkl. Gabra sekejap sebab tak ada duit RM1 untuk bayar tambang. Buat lah muka seposen tanya sister kat sebelah tu,

"Sis ada RM1?" 

"Ada, ada. Amiklah." 

Buat muka seposen, dapat RM1. :D Alhamdulillah ada manusia baik hati yang sudi tolong. Terima kasih Allah. Masa dalam bas, minta no akaun sister tu sebab nak bank in duit dia. Sister tu kata dia halalkan. :'( Walaupun cuma RM1, tapi sangat terharu. Sambil dalam hati terus mendoakan sister tu. 

Betapa berertinya sebuah kebaikan meski dari segi harga, tidaklah sebesar mana. Namun dari segi nilai, mashaAllah dia telah membantu diri ini untuk tiba ke destinasi, dia telah membantu menghilangkan rasa kaget sebentar tadi gara-gara risau tidak dapat naik bas. 

Begitulah dalam hidup kita, pasti akan terbit sebuah doa dari setulus jiwa, saat ada seseorang yang telah membantu. Dan seandainya kita juga mahukan orang asing mendoakan kita, bantulah sesiapa yang kita jumpa yang memerlukan. Boleh jadi Tuhan menghantar kita sebagai wasilah untuk memudahkan urusan orang lain. InshaAllah. 

Kindness never fails to melt the hearts.  




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...