Tuesday, February 16, 2016

Minat dari Kecil? Part 2

Bismillah.

Lama juga tinggalkan blog ni, sepatutnya setiap bulan sekurang-kurangnya ada satu entry. Tapi ter'skip' bulan Januari. Januari? Bulanku. T___T Nampaknya untuk tahun 2016, blog ini dirasmikan sedikit lewat, iaitu pada pertengahan Februari.

Kalau dulu mungkin boleh kerap menulis, boleh sekurang-kurangnya sebulan ada dua entri, sebab hanya di blog lah tempat menulis panjang-panjang. Tapi sekarang, ada instagram, ada telegram channel, ada facebook, yang padanya ada tulisan-tulisan dari jari jemari ini. :D Sebenarnya ada masa tapi mungkin tak berapa pandai lagi untuk susun masa. Otak berselirat, asyik fikir ada banyak lagi benda penting yang perlu dibuat selain menulis. Lagipun, terasa macam menulis ni syok sendiri je. Cuma bila ada ejen yang tanya mana sambungan entri Minat Dari Kecil sebelum ni, terharu rasanya ada orang yang baca dan menunggu kesinambungannya. :')

Okay tentang sebab saya mula berbisnes tu, secara ringkasnya semua bermula dengan IMKK. Seminar Dr. Azizan. Dalam seminar tu dia tak suruh kita berbisnes pun, tapi dia buat kita rasa kita perlu buat bisnes. Sebab apa? Sebab kita perlu ada duit. Sebab apa? Sebab bila ada duit, kita akan ada banyak peluang untuk tolong lebih ramai orang. Sebelum ni, saya hanya suri rumah, yang tak ambil tahu berapa gaji suami, tak kisah dalam bank ada duit sikit je. Sebab saya cuma fikir nak jaga anak betul-betul (memang setiap jam dipenuhi dengan melayan & mengajar anak). Dulu masa zaman belajar pun memang ini lah impian saya. Haha, sungguh tak bercita-cita tinggi kan? Dulu cita-cita saya; nak jadi ibu yang terbaik, yang duduk di rumah, dan menulis buku.

Dan masa saya pergi IMKK tu baru saya tersedar bahawa apa yang saya sedang buat masa tu, hanya memberi manfaat kepada diri sendiri & anak sahaja. Saya tak terfikir langsung untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Dan waktu di IMKK lah saya mula tekad untuk ada duit sendiri, mahu ada banyak duit! Bukan mahu mewah tapi mahu cuba untuk jadi manusia yang banyak memberi. Berapa ramai lagi manusia yang hidup melarat di luar sana yang perlukan bantuan kita? Betapa ramai lagi keluarga kita di luar negara sana yang hanya makan dedaunan demi meneruskan hidup? Dan apa yang kita dah lakukan sedangkan kita ada kudrat untuk mencari wang untuk disumbangkan kepada mereka? Siapa lagi kalau bukan kita yang membantu???

Selain nak cuba bantu orang lain, antara niat utama nak berbisnes ni adalah sebab nak bahagiakan parents. Nak beli rumah besar dan banyak bunga untuk ibu, nak hantar ibu ayah ke tanah suci. Dalam adik beradik, belum ada lagi yang bergaji besar yang mampu belikan rumah baru untuk mereka, jadi saya fikir, biar saya yang ambil tanggungjawab tu. Satu kata-kata Dr. Azizan yang saya sangat-sangat ingat hingga sekarang; "Apa yang penting ialah kita bahagiakan orang yang kita sayang & yang nak tengok kita bahagia."

Jadi itulah sebenarnya pencetus wujudnya perasaan ingin berbisnes dalam diri ni walaupun zero knowledge pada mulanya. Kadangkala terlupa juga niat asal berbisnes, tapi akan kerap ingatkan diri bahawa berbisnes ni bukan semata untuk cari duit kemudian simpan, tapi duit tu untuk orang lain. Untuk orang yang lebih memerlukan. Dan juga untuk memenuhi keperluan orang lain, untuk beri servis terbaik, untuk menambah nilai dalam kehidupan orang lain.

Saya sangat sukakan dunia bisnes walau ia amat mencabar. Tipu lah kalau saya kata saya tak pernah rugi berpuluh-puluh ribu, tapi harus teruskan dan bangkit sebab ada banyak sebab saya perlu bertahan. Kalau nak cerita tentang "kenapa saya suka dunia bisnes", memang perlukan satu entri baru. Atau mungkin boleh dijadikan buku. ;)

Terima kasih untuk yang sudi baca. Minta izin undur diri dulu. <3




2 comments:

  1. Assalamualaikum kaksajida.. Alhamdulillah..tulisan kaksajida sgt terkesan di hati saya.. Sy juga seorang suri rumah yg sdg membesarkan seorg anak. Juga seorg peniaga online sbg dropshipper. Niat asal sy berniaga adalah utk meringankan beban suri rumah lain utk berbelanja..jadi harga yg sy tawarkan dlm range mampu milik. Alhamdulillah rezeki Allah bg sentiasa ada. Cuma...sy nk lebih lagi..bukan utk diri sendiri,tp utk berbakti kpd ibu tersayang, keluarga dan juga kpd muslim sejagat di luar sana. Semoga Allah SWT tunjukkan sy jalan utk berjaya seperti kaksajida. Berjaya dlm perniagaan dan juga berjaya istiqamah ke jalan Allah SWT. Doakan sy ya kaksajida.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf baru perasan ada komen. huhu. Alhamdulillah kalau ada niat & matlamat macam tu. Moga-moga kita sama-sama berjaya. Perjalanan akak pun masih jauh, belum berjaya capai apa yg akak target lagi. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...