Wednesday, February 17, 2016

When They Need to Go

Bismillah. 

Cuma nak copy ayat-ayat Kak Fynn. (Baru teringat ada hutang satu post tentang Fynn Jamal. InshaAllah nanti akan disambung- walaupun tak ada yang menunggu. Hehe)

Ini tulisan kak Fynn tentang kawan baiknya, Fafau. Ada banyak kata-kata dalam tulisan ni yang kita boleh kaitkan dengan diri kita. 


Kadang2 kita terlalu tamak nakkan orang yang kita nak--
sampai kita lupa orang ada benda yang dia nak.
.
kalau ikut hati, aku nak dia dok congok kat konti sampai tua. sebab aku hepi bila dia kat situ. hahaha. tapi mana aci. takkan dia kena dok situ sebab happiness aku. dia patut hidup untuk happiness dia.
.
we don't get to dictate bila orang datang dan pergi. when they need to go-- they need to go.
.
apa kita boleh buat adalah senyum dan pesan "bila2 lapar-- balik". hahaah. or something like that.
.
sahabat, kawan, keluarga, sesiapa sahaja asalkan melibatkan kasih, sayang dan cinta itu tidak posesif. ia bukan ketuanan dan pemilikan.
.
ia adalah keikhlasan yang datang dari hati.
.
memberi ruang dan peluang adalah kasih sayang. sebagaimana kita hamba kepada tuhan-- tidaklah kalau kita buat sesuatu kesalahan itu dan2 masa itu kena. tuhan beri kita ruang dan peluang untuk mencari apa kita cari--
dan moga kita jumpa.
.
selamat terbang, der. ke mana pun lu pergi, wa tau lu pandai jaga diri. ramai sayang lu. lu kitorang punya @therealfafau kot.
.
peliharalah الله dalam hati, dan الله akan pelihara lu. wa sayang lu fillah.
.


***********

Semestinya tulisan kak Fynn kali ni benar-benar buatkan hati ni teringat akan teman baik yang dah pergi jauh. Walaupun rasa sedih tak terkata masa mula-mula dapat tahu dia akan pergi selama 2 tahun, tapi dari dulu sebenarnya itulah doa kita pada dia. Dan Tuhan kabulkan. Dan itu takdir Tuhan. Mesti ajar hati untuk terima. 

Walaupun sekarang ni kadang-kadang rasa sunyi sebab dah tak ada kawan baik depan mata yang selama ni rajin teman ke sini sana, tapi tak adalah rasa merana atau kecewa. Sebab masing-masing sedang struggle kejar impian, masing-masing saling mendoakan dalam diam. I believe it that way walaupun dia tak pernah suarakan sedemikian. 

Ya Allah mohon Kau pelihara dia dari segala kejahatan. Mohon Kau beri dia kejayaan yang dia cari. Dan mohon Kau tanamkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hati dia meski di sana dia sendiri. 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...